Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Lebihan pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR, untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu mahupun kelompok. Dan, pihak pengurusan program bertindak meneroka peluang-peluang perniagaan susulan bagi kepentingan dan manfaat usahawan-usahawan HIJRAH SELANGOR melalui penubuhan Koperasi HIJRAH SELANGOR.
Thursday, 26 January 2017
PENGENALAN HIJRAH SELANGOR
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..harini saya nak cerita sikit tentang Hijrah Selangor ni. Hijrah Selangor adalah skim pinjaman mikrokredit yang telah di tubuhkan kerajaan negeri selangor..tujuan skim ini adalah untuk memberi Pinjaman kepada usahawan-usahawan yang ingin menambah Modal Perniagaan mereka..modal tambahan ni penting sebenarnya untuk memajukan dan meningkat kan lagi produktiviti jualan usahawan..
Selalu kite tengok ramai usahawan yang memerlukan modal tambahan untuk perniagaaan mereka..bila bisnes dah maju,mesti permintaan customer terhadap barang jualan mereka pun meningkat,time tu mesti anda pening nak dapatkan Pinjaman untuk modal tamabahan dari mana kan?? Ha...dengan adanya hijrah selangor ni,kami dapat membantu memberi Pinjaman untuk Modal Tambahan anda.
Ha dekat bawah ini ada penerangan lebih detail tentang Hijrah Selangor dan bagaimana tertubuh nya Hijrah Selangor ni.
HIJRAH SELANGOR adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Ianya merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya, untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.
Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor, bertindak sebagai penganjur program, memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta)
Sunday, 8 January 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
