Thursday 16 November 2017

PINJAMAN FOOD TRUCK

Berita baik kepada semua usahawan-usahawan.Pihak Hijrah selangor telah memperkenalakn skim baru iaitu Skim Pinjaman FOOD TRUCK pihak hijrah selangor menjual 4jenis food truck yg boleh di beli dan di guna untuk berniaga..sangat mudah untik membawa Food truck ini untuk berniaga...cepat2 lah beli Food Truck ni...untuk sebarang maklunat lanjut,boleh berhubung terus dengan saya
TERBUKA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERUMUR 18-60TAHUN.

                     NURSYAHIRAH (01117897670)
                                Pegawai Hijrah Kapar

Berikut adalah senarai harga FOOD TRUCK yg di tawarkan dan harga yang di tawarkan sangat berpatutan




Berikut adalah jenis2 FOOD TRUCK dan harga yg di tawarkan








Wednesday 22 February 2017

MAJLIS PENYERAHAN BAUCER PINJAMAN 16/2/2017




Cawangan Hijrah Kapar Selangor telah mengadakan majlis penyerahan baucer pinjaman pada hari khamis 16/2/2017 di pejabat Hijrah Cawangan Kapar. Seramai 85 usahawan yang layak menerima pinjaman ini. Majlis tersebut telah di hadiri oleh Tok Ketua Kampung Meru Hj Thaifor Bin Hj Nor.
penyerahan baucer pinjaman juga telah disampaikan oleh Tok Ketua.



Thursday 26 January 2017

PEJABAT HIJRAH CAWANGAN KAPAR



PEJABAT HIJRAH CAWANGAN KAPAR

NO. 42-1,JALAN KLANG SENTRAL 2/KU5,41050 KLANG


Senang je nak cri Pejabat Hijrah cawangan  Kapar ni sbb ofis ye berhadapan dengan MCD klang sentral..dkt barisan shop lot yg banyak2 tu..

Untuk pertanyaan lanjut hubungi

No. Telefon Pejabat
03-33624014

Pegawai Hijrah Cawangan Kapar

AZMAN
019-3824402

FARISYA NADIA
011-17892679

KHAIRILANAS FADZILAH
018-3234058

MOHD IRWAN
019-3980430

MOHD RAZI
013-3140110

MUHAMMAD AMIR
012-2553214

NUR SYUHADAH 
018-3825867

SUZITA 
017-2517122

NURSYAHIRAH 
011-17897670


AKTIVITI-AKTIVITI HIJRAH CAWANGAN KAPAR



MAJLIS PENYERAHAN BAUCER PINJAMAN HIJRAH





Ini antara gambar-gambar peserta Hijrah Selangor yang berjaya mendapat pinjaman Hijrah Selangor

Peserta yang telah lulus pinjaman Hijrah ni,mereka kena ambk baucer pinjaman ni kat Pejabat Hijrah Selangor Cawangan Kapar. baucer yg mereka terima tu kne cashkan di AGRO BANK sahaja.tempoh valid baucer tu ialah 2minggu dari tarikh penerimaan bauncer tersebut.

Penyerahan baucer kebiasaan nya akan di buat sebulan 2 kali di Pejabat Hijrah Cawangan Kapar.

haa...nampak kan muke2 seronok peserta bila dapat pinjaman tu..hehehe














JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN HIJRAH



Ini adalah jadual bayaran balik untuk pinjaman Hijrah Selangor

Untuk makluman usahawan-usahwan semua,cara Pembayaran untuk Hijrah Selangor ialah Mingguan..maksduye,setiap minggu anda kena buat bayaran untuk pinjaman ini..Pembayaran yg dibuat adalah Cash Sahaja.kami tidak menerima Cek atau cara bayaran lain.

Pegawai Hijrah akan menetapkan hari untuk setiap peserta membuat bayaran..contoh nya peserta perlu membuat bayaran pada hari selasa,jadi setiap minggu pada hari selasa peserta hendaklah membuat bayaran tersebut..

Sekiranya peserta Gagal membuat bayaran pada hari tersebut,peserta di anggap tidak membuat bayaran dan minggu tersebut menjadi bayaran tertunggak..ini kerana semua record pembayaran akan di ambil kira setiap minggu..sekiranya record mingguan ada yang tertunggak,jadi record bayaran peserta akan jadi tidak cantik dan menyukarkan peserta untuk membuat Pinjaman kali ke 2.


TEMPOH PINJAMAN HIJRAH SELANGOR

25MINGGU    = 6 BULAN
50MINGGU    = 1 TAHUN
100MINGGU  = 2 TAHUN
150MINGGU  = 3TAHUN




SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HIJRAH SELANGOR


KELAYAKAN MENYERTAI HIJRAH SELANGOR
Penjaja dan Peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut berhak menyertai HIJRAH SELANGOR:
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun yang BERASAL dan MENETAP DI SELANGOR
  • Sesiapa yang BUKAN ORANG SELANGOR masih boleh memohon tetapi mesti MENGUNDI di SELANGOR
  • Memiliki premis perniagaan yang khusus
  • Premis perniagaan mesti beroperasi di SELANGOR
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah/SSM
  • Sudah berniaga 6 Bulan dan ke atas
  • Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu masa
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu isirumah
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
  • Terlibat secara langsung di dalam perniagaan
KELAYAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN
HIJRAH SELANGOR adalah untuk penjaja dan peniaga kecil sahaja. Jenis-jenis perniagaan berikut dikenalpasti sebagai layak untuk menyertai program ini.

GERAI BERGERAK
Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari dan lain-lain.


KEDAI TETAP
eperti kedai runcit, restoran dan kedai-kedai yang menjual barangan seperti pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakasan dapur, kraftangan dan perhiasan, ubat-ubatan tradisional dan lain-lain.

PERNIAGAAN PERKHIDMATAN
Seperti perniagaan yang menyediakan perkhidmatan jahitan, salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, bengkel motor, mekanik radio/tv, membaiki alat-alat eletrik, pengiklanan dan membuat papan tanda, membaiki kasut, jam dan lain-lain.


AKTIVITI PERTANIAN,PERIKANAN & PENTERNAKAN
Seperti sayuran, buah-buahan, tanaman bunga dan pokok, hasil laut, ikan , udang, sotong, ternakan untuk daging dan tenusu dan haiwan peliharaan


PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
Seperti pengusaha lori kecil, teksi, kereta sewa dan lain-lain. Mempunyai Permit Sah atas Nama Pemohon.


GERAI TETAP
Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan dan minuman, gerai menjual barang-barang keperluan harian dan lain-lain.

JENIS SKIM PINJAMAN HIJRAH SELANGOR



Program HIJRAH SELANGOR menawarkan 2 skim kepada usahawan HIJRAH SELANGOR sebagai fasa permulaan
  • Skim 1: RM1,000 hingga RM5,000
  • Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000
Rekod bayaran balik pinjaman semasa merupakan asas utama pengukuran kedudukan seseorang peminjam. Bagi usahawan-usahawan yang telah menunjukkan ’Disiplin Kredit’ yang memuaskan pada fasa permulaan, mereka akan ditawarkan skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang. Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang menawarkan pinjaman seperti berikut:
  • Skim 3 (RM15,000 dan RM20,000)
  • Skim 4 (RM30,000 hingga RM50,000)
SIMPANAN DAN PELABURAN
Berteraskan Pinjaman Asas Simpanan, setiap Usahawan HIJRAH SELANGOR yang membuat pinjaman diwajibkan menabung setiap minggu ke dalam skim ini.
Wang Simpanan mingguan ini, akan disimpan dalam Akaun Al-Mudharabah. Akaun ini merupakan satu konsep pelaburan am di bawah Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Simpanan ini kemudiannya akan dilaburkan ke dalam Koperasi Hijrah.
Bayaran simpanan adalah sebanyak 0.25% seminggu. (Jumlah kadar ini telah dimasukkan ke dalam jumlah kutipan mingguan)Jumlah simpanan bersama keuntungan pelaburan boleh dikeluarkan setelah berhenti menjadi Usahawan HIJRAH SELANGOR.
KAEDAH BAYARAN BALIK
Kutipan bayaran balik pinjaman bersama dengan simpanan dijalankan secara mingguan oleh Pegawai HIJRAH SELANGOR di tempat perniagaan.
BAYARAN PERKHIDMATAN
Bayaran perkhidmatan 8% setahun atas jumlah pinjaman dikenakan bagi membiayai kos pengurusan pelaksanaan program dan perkhidmatan profesional. (Jumlah kadar ini telah dimasukkan ke dalam jumlah kutipan mingguan)
INSURAN TAKAFUL
Bayaran perlindungan pinjaman melalui Pelan Takaful Pinjaman, akan dikenakan sebaik saja wang pinjaman dikeluarkan. Bayaran ini perlu dibayar oleh peminjam sebelum Penyerahan Baucer Pinjaman.